Friday, November 21, 2008

Pasangan Bahagia

Pasangan yang bahagia hendaklah bertolak ansur antara satu sama lain.

"Andainya saya mati dulu, saya nak awak kahwin lain. Mudah untuk awak." Sang lelaki

"Untuk apa, cinta saya untuk awak je..." Sang perempuan

"Kadang kadang bukan sebab cinta saja perlu kahwin. Awak pun manusia biasa. Perlukan lelaki untuk mem'protect' awak, memberi zuriat kepada awak dan yang paling penting makan minum awak semua terjaga." Sang lelaki cakap. "Awak pun ada keperluan sampingan kan?" HAHA ini aku suka hati tambah aja..

"Kalau awak dah mati, saya pun ibarat sudah mati jugak lah. Walaupun cinta kepada Tuhan lebih tinggi, tapi kalau awak dah takde, ohhh dunia menjadi gelap!" Sang perempuan balas. "Tapi kalau awak dah suruh, saya ikut saja... HEHE"

"Tadi cakap tanak, ceh!"

"Tapi kalau saya yang pulak mati, awak nak kahwin lain jugak ke..?"

"Awak kalau tak mati lagi pun, saya BOLEH kahwin lain.. HAHA"




Drama ustaz F.

Saturday, November 15, 2008

Circle of Interest

Suasana yang hambar! Hujung minggu yang tidak meriah. Tiada boys night out buat masa terdekat. Memang hambar. Tiada keghairrahan.



Korang semua, buatlah apa yang patut dengan titik merah itu. Aku mencari circle of influence aku, setelah circle of interest telah lama aku gunakan. Anda tahu kisah circle circle ini? Ah, nanti jadi satu entri berunsurkan ceramah pulak bila diceritakan.

Thats for it. Kembali ke suasana hambar.

Tuesday, November 11, 2008

Kaki Bola

Weekend lepas, kononnya 800 juta orang menonton perlawanan Arsenal vs Man U. Mungkin figure tersebut boleh menjadi kurang andainya semua fans Man U tahu result dan performance team kesayangan diorang tidaklah sehebat mana. heh Rooney noob!

Entri ini bukanlah nak mengulas kembali performance mereka, apatah lagi nak mengkritik. Tapi aku tertarik dengan satu perbualan geng Chelsea yang aku rasa salah tengok schedule game.

(perbualan ini haruslah disebut di dalam nahu English yang betul)

Wey, captain Chelsea Lamp-pard kan?

Haah, tapi bukan Lamp-pard. LAMPARD! LAM-PAT...

Apa pulak, orang English sebut Lamp, lepas tu Pard. Jadi Lamp-pard.

Kalau camtu, Lamborghini jadi LAMB-BO-JI-NI la?

Haah.

Hotak korang, Lamborghini tu asal France. Sebut LEM-BORG-HINI..

Hooooo.....
.
.

Krooo krooo krooo (bayangkan suasana gagak lalu ketika dalam keadaan sunyi sepi)
.
.
.
.


Dah pun 90 minit. Game pun dah habis. Aku nak balik, gelak puas puas dekat rumah. Suka hati korg la nak sebut nama Lampard atau Lamborghini tu macam mana, tapi Lambo asal dari France? What the duck?

oh yeah! Juve menang lagi. Alle DP

Wednesday, November 5, 2008

Kaki Drift

Satu malam. Hujan renyai renyai. En M, seorang pilot AKA kawan aku, dengan berbekalkan Nissan Silvia pergilah ke Sepang. Masa hujanlah sesuai untuk aktiviti 'drift'.

Ramai jugak kawan kawan dia, semua kereta sport sahaja yang aku nampak. Fairlady, Skyline, ada jugak yang pakai kereta sama macam En M, Silvia. Dan paling aku teruja, kereta Evo seperti gambar ini.

Bukan sebab aku minat kereta tu, cuma peristiwa ini betul betul buat aku fikir banyak kali untuk membeli Evo (ceh, bukan mampu pun!).

Peristiwa ini selepas ramai ramai menghabiskan bunga tayar di area parking lot Litar F1 Sepang tu.

Wah lawa kereta kau ye? Anonymous tegus pemilik kereta B** 9** Evo ni. Boleh usha sikit?

Sila la... Angkuh je ayat dia.

Memang cantik sangat. Bodek anonymous ni.
Berapa budjet kau buat WAJA ni jadi sebijik macam Evo ni?

Errr!? Terkelu lidah, tak mampu bersuara.



Aku dan En M habis membahan WAJA convert EVO dia hari tu. HAHA

Saturday, November 1, 2008

Kata kata Hebat

012 345 6789. Ini contoh sahaja.


Rakyat Malaysia bila memberi contact number kepada sesiapa, pasti sangat kita sebut begini dahulu.

012 dahulu.
lepas tu, 345.
dan akhir sekali, 6789. Betul?

Satu habit, aku pun macam tu jugak lagi lagi bila ahmoi ahmoi cun memintak no phone aku. Serius la, ramai ahmoi cun mintak no phone aku. Betul aku tak tipu. (ok la, diorang mintak lepas aku dah kasi rm5, pastu tiba tiba kredit phone aku dah bertambah. Apa maknanya?)

Dah 3 tahun, baru nak 'bahan'


Buat sekelian kalinya, dalam 3 tahun ini, selepas beratus kali memakainya, baru lah ada yang perasan.

Baju ni aku beli memang aku tahu ada silapnya, (ALL STAR, bukan ALL STRAR) sekurang kurangnya aku ada sesuatu benda yang kita beli bukannya Nike tetapi Neki, bukannya Adidas tetapi Adibas, bukannya Versace tetapi Vercase dan bukannya Nokia yang di bina di Jepun.

'Oi baju kau mcm mana dia tulis tu?'

'Mcm tu la.' Berseloroh je aku balas.

'Patut STAR la, bukan STRAR. HAHAHA'

'Aku tau. Korang baru tahu ke?' Aku balas yang macam cover line tapi betul aku tahu.

Takpe la, baju jugak. Cuma kamu semua baru perasan. 3 tahun aku pakai, baru perasan ke?

Sudahlah, mari ramai ramai lepakan sambil menonton bola, malam ni!