Monday, December 8, 2008

Laksa Mana?

Semalam, memang patut aku bangun lewat ok? Dah 2 malam berturut aku berfutsal. Pelbagai cara pihak lawan kami bermain. Menghulurkan lutut di sisi pinggang kami, terajang ala kungfu hustle kat bontot span kami, meng'shoot' ala roberto carlos di celah bedah kelangkang kami. Tapi semua tu takde hal lah! Kami semua menang jugak!

Jadi jgn salahkan kami bangun lewat! Tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa tu pun aku tahu pada pukul 2.30 pm. Takziah kepada semua mangsa.

Masa tu aku terjaga pun sebab bunyik bising dan juga bau LAKSA. Memang patut terjaga. Laksa mak aku buat memang national class. Nak world class tak boleh lagi, sebab Laksa Tokyo takde (haha sorry Diloz), Laksa Seoul mana ada. Ramen ada laa. Tengok kat malaysia, banyak laksa. Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa Kuala Kangsar. Pergh..

Mr F: Mana laksanya mak?

Mother: Laksa apa pulak? Mak masak lain laa...

Mr F: Dari tadi bau laksa. Aik, tak kan dah habis?

Mother: Laksa apa pulak? Mak masak lain laa...

Mr F: Tidak adil. Bau ada lagi ni...

sniff sniff sniff... Confirm bau laksa. Mak aku cuba sorok khazanah makanan aku ni. Memang akan ku ikut bau itu. sniff sniff sniff...

Mother: Meh sini, kau nak laksa sangat kan?

Mr F: HEHE mana laksa?

Mother: TUU..

Mr F: Uikss?!!!

Terkesima aku! Rupa rupanya bau laksa di hari itu adalah bau sisa sisa limpahan air sampah lori MPK. Kan bila lori tu amik corner tahap nak cepat akan ada limpahan air diorg terkeluar. Pergh bau dah sama bau laksa! Damn!

Memang potong aku tidur. Aku siap siap nak cari Laksa Shack!

Tidak update kerna...

Sebab musabab tidak update blog ini.
- penat yaa amat. Banyak sangat event kena follow 2 -3 minggu lepas.
- antara event itu, abang aku bertunang. Di JB.
- ada tournament futsal dan bola. Ini kalau skip, boleh jatuh hukum haram.
- PC dah tenat. Ini boleh jatuh hukum jugak ni. Jatuh hukum PC jatuh bangunan tingkat 4 apartment aku!
- dah paling tidak boleh di skip ialah FOOTBALL MANAGER 09. Haha!

Mintak maap kalau kalau kamu semua dok melangot depan PC tunggu aku ada post entri baru ke idak, atau pun dok stalker aku tgk apa aku buat, paling tidak pun menaip di google search 'RESAKSA' tapi entri masih sama lagi. Mintak maap banyak banyak. Aku tidak sengaja! Ceh. lansi cakap ada orang dok tunggu aku update blog. HAHA