Tuesday, April 28, 2009

Mitos: Mati hidup balik

Mungkin anda semua tidak tahu, cerita mitos "Mati hidup balik" seringkali berlaku di mana mana pelusuk dunia.

Mereka yang sudah melaluinya mungkin akan tersenyum apabila mengenangkan phrase "Mati hidup balik" ini. Seperti aku sendiri. Yea, aku sudah melalui peristiwa ini.

Yang mati, memang tidak akan dapat hidup kembali. Tapi yang hidup, pergi lah balik. Teruskan kehidupan mu.

Maka, mitos "Mati hidup balik" bukanlah mitos. Ia fakta. Sekian, mythbuster Malaysia melaporkan.



*sniff snippet sniff*

Al-Fatihah untuk arwah nenek, Hajjah Bariam bt Hj Nor yang telah pulang ke pangkuan Ilahi pada 24 April 2009, Jumaat pukul 5.05pm. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan tergolong antara orang orang yang beriman. Amin.

Tuesday, April 7, 2009

Anak Syaitan

Ustaz aku pernah berceramah pasal cara atau posisi tidur yang digalakkan di dalam Islam. Nampak sempurna sungguh hinggakan posisi kita tidur pun perlulah di jalan yang benar.

Rasanya ramai dah tahu pun posisi yang betul ketika tidur. Iaitu badan perlulah mengiring ke kanan, tangan kiri tidak dijatuhkan ke belakang. Sebabnya ia memudahkan perjalanan darah, itu katanya. Aku tak tahu pun. Mungkin mereka yang belajar medik boleh kemukakan fakta fakta yang betul. Kami semua mahukan fakta ye, bukannya auta mahupun faktab!

Cuma satu posisi ni je tidak di galakkan iaitu tidur style face down kat bantal. Tidur ala ala berenang gaya bebas tu.. Ustaz cakap ia bolehla diibaratkan seperti kita sedang melakukan ehem ehem dengan syaitan. Melakukan ehem ehem..... ala melakukan proses persenyawaan la... HEHE.

Dan setiap kali kita tidur sebegitu, maka akan lahirlah seekor lagi syaitan di dunia ni. Fakta mengatakan yang syaitan tidak akan mati, malah ia akan bertambah. Antaranya dengan tidur style renang tu la..

Camtu, aku selalu terpikir. Dah berapa banyak la aku ngandungkan setan setan ni? hehe

Hiatus

Selepas tempoh bertenang selesai, aku kini pulang dari hiatus ku dengan minda terbuka. Tempoh hiatus selama lebih dari sebulan (tak update blog utk bulan Mac) betul betul menguji jari jemari dan pemikiran songsang ku.

Mungkin sebab yang di lihat kenapa perlunya hiatus ini sangat tidak relevannya? Aku mengalami keputusan yang pelbagai - keputusan kewangan, keputusan rohaniah, keputusan jiwa. Wah, macam berat je isu ni. Untuk aku berat lah jugak sampai terpaksa mencari jalan mudah - melarikan diri dari masalah - kerna guwe tidak bisa berdepan smua cabaran cabaran masalah guwe. Ah, pedulikan!

Aku meraikan hiatus ku yang telah mencapai objektifnya!