Wednesday, September 24, 2008

Heroes & Hiro

Bulan September setiap tahun mmg satu rahmat utk mereka yg bergelar kaki tv. Setiap tv series mencanak keluar, dari ke Prison Berak Break sampai lah ke Heroes. Yea, Heroes season 3 dah keluar. Aku baru lepas marathoning 3 episode Heroes yg keluar dlm satu hari. Pergh layan aku tgk Sylar buat kerja zalim potong kepala Claire (ooops), si Niki tetap hot dan kebodoh-kelam-kabutan Peter mmg makin bertambah lemaknya. Berlapis lapis!

Sylar dan Angela Petrelli mcm ada scandal je.

Hari ku tahu bahawa segala movie yg ada di atas planet bumi ini sebenarnya boleh di download adalah ketika aku berumur form 2. Masa tu download pakai client winMx & limewire (paling famous). Lambat jugak nak tgk tag 'Download complete' tu keluar. Tp teknologi dah canggih, ada rapidshare cukup buat aku gembira. Its gonna be a busy, a hell of raya this year, satu tangan clicking the mouse and the other side utk makan (hrmm aku ada dua tangan kanan kaa..?).

0 Comments: