Thursday, May 13, 2010

Introducing, Hafiz Hashim

Ok, kalau dalam bola sepak kita menyampah je tengok Ibrahimovic main bola. Apatah lagi kalau Berbatov main. Cuba bayangkan kalau Ibrahimovic dan Berbatov berada di dalam satu pasukan yang sama?

Tapi kalau korang semua perasan lah kan, dua dua ni kalau dah tengah form mencanak, selamber je diorang meng'kitai' defense team lawan tu. Betul lah, diorang ni memang bagus cuma agak PEMALAS.

Di dalam sukan badminton pulak, kita dah ada orang yang sebegitu rupa. HAFIZ HASHIM. Yeah ladies and gentlemen. HAFIZ HASHIM.

Hafiz Hashim, 'The Ibrahimovic of Badminton'.

Gambar diambil di website 'The Star'

Besok lawan China. Aku rasa China menang 3-0. Tapi kalau Malaysia nak menang kena hold 2-2 dulu, pastu bagi mamat "Ibrahimovic" ni main.

Sunday, May 9, 2010

Mengapa kahwin nak grand? [part 1]

Aku kurang memahami kaum wanita. Mereka seboleh boleh nak kahwin secara grand. Paling tidak, jemputan mesti dalam perkiraan sejumlah 1500 orang. Kad kahwin nak 1500 keping jugak. Dan sekeping mesti harga rm1.50 ke atas. Tu belum lagi catering yang satu kepala rm20 punya.

Kalau macam tu, perkiraan untuk satu majlis sahaja boleh cecah rm30k. Betul, gua tak tipu. Gua dah jalankan survey ni. Sebab tahun ni je, setiap bulan gua ada saje jemputan kahwin kawan kawan gua.

Yelah bukan ape, dah kahwin grand sangat ni, kitorg sebagai para jemputan mestilah segan nak hulur rm10 je. Koman koman rm50 weyh. Yang bagi hadiah tu lagi lah rasa segan silu je kalau setakat hadiah cerek letrik, set sudu garfu dan set pinggan mangkuk. Koman koman hadiah cuti pelancongan ke Phuket 7hari 6malam.


Ape ape pun aku suka dengan pihak lelaki punya majlis. Sebab kami hanya mementingkan acara acara penting dalam majlis perkahwinan. Sepertinya:
  1. Acara karaoke sampai maghrib. Ini penting untuk kemeriahan majlis.
  2. Kawan kawan wajib datang, dan lepas habis majlis ramai ramai pergi photoshoot.
  3. Lagi nak meriah, mintak tukang kompang bawak lagi potong mase berkompang.
Ape ape pun, entri ini aku bersambung nanti.
Nanti tu, memang aku tak tau lah bila kan. . . . . .