Thursday, October 13, 2011

LAMA DAH...

...... tak post kat sini. Font apa aku pakai pun dah lupa. Tak kisah la. Aku ada hidup baru.


Skang ni dah keje sedap. Dah jadik orang bank rimau. Keje buat kredit kad. Hampasuma nak kredit kad bakmai kasitau lah ye!

Ape?? tak suka kredit kad? pobia kredit kad? wallet tak muat nak masukkan kredit kad?

Sodahla..... dpt kredit kad nanti diam trus.

Macam kredit kad Maybankard 2 Card ni, hampasuma toksah risau sume tu. Tapi bab wallet tak muat tu mmg konfirm tak muat lah. Dapat 2 kredit kad ni, confirm tak muat.

Thursday, May 13, 2010

Introducing, Hafiz Hashim

Ok, kalau dalam bola sepak kita menyampah je tengok Ibrahimovic main bola. Apatah lagi kalau Berbatov main. Cuba bayangkan kalau Ibrahimovic dan Berbatov berada di dalam satu pasukan yang sama?

Tapi kalau korang semua perasan lah kan, dua dua ni kalau dah tengah form mencanak, selamber je diorang meng'kitai' defense team lawan tu. Betul lah, diorang ni memang bagus cuma agak PEMALAS.

Di dalam sukan badminton pulak, kita dah ada orang yang sebegitu rupa. HAFIZ HASHIM. Yeah ladies and gentlemen. HAFIZ HASHIM.

Hafiz Hashim, 'The Ibrahimovic of Badminton'.

Gambar diambil di website 'The Star'

Besok lawan China. Aku rasa China menang 3-0. Tapi kalau Malaysia nak menang kena hold 2-2 dulu, pastu bagi mamat "Ibrahimovic" ni main.

Sunday, May 9, 2010

Mengapa kahwin nak grand? [part 1]

Aku kurang memahami kaum wanita. Mereka seboleh boleh nak kahwin secara grand. Paling tidak, jemputan mesti dalam perkiraan sejumlah 1500 orang. Kad kahwin nak 1500 keping jugak. Dan sekeping mesti harga rm1.50 ke atas. Tu belum lagi catering yang satu kepala rm20 punya.

Kalau macam tu, perkiraan untuk satu majlis sahaja boleh cecah rm30k. Betul, gua tak tipu. Gua dah jalankan survey ni. Sebab tahun ni je, setiap bulan gua ada saje jemputan kahwin kawan kawan gua.

Yelah bukan ape, dah kahwin grand sangat ni, kitorg sebagai para jemputan mestilah segan nak hulur rm10 je. Koman koman rm50 weyh. Yang bagi hadiah tu lagi lah rasa segan silu je kalau setakat hadiah cerek letrik, set sudu garfu dan set pinggan mangkuk. Koman koman hadiah cuti pelancongan ke Phuket 7hari 6malam.


Ape ape pun aku suka dengan pihak lelaki punya majlis. Sebab kami hanya mementingkan acara acara penting dalam majlis perkahwinan. Sepertinya:
  1. Acara karaoke sampai maghrib. Ini penting untuk kemeriahan majlis.
  2. Kawan kawan wajib datang, dan lepas habis majlis ramai ramai pergi photoshoot.
  3. Lagi nak meriah, mintak tukang kompang bawak lagi potong mase berkompang.
Ape ape pun, entri ini aku bersambung nanti.
Nanti tu, memang aku tak tau lah bila kan. . . . . .

Tuesday, April 6, 2010

Cat cross the road - Arwah Din Beramboi

Arwah Din ade meninggalkan banyak lawak yang aku tak boleh nak control gelak.

Cat cross the road.
Sometimes, Cat Steven cross the road also.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tuesday, March 23, 2010

Sila cari alasan, bukan cari pasal [Part 1]


Hari tu, Encik A kene tahan dengan Encik Polis. Sebab die langgar lampu merah. Berikut adalah drama sebabak mereka:

Encik A: Ape salah saye encik Polis?

Encik Polis: Salah kamu? Lagi mahu tanye, kamu tak nampak ke kamu dah langgar lampu merah. Kamu tak nampak ke lampu merah tu?

Encik A: Saye nampak lampu merah tu, tapi saya tak nampak encik je.

Secara terus, saman! Tak banyak cakap. Sila cari alasan lain!


suke aku kalau ade officer camni..
hehe

Sunday, March 14, 2010

Huruf 'F'


Kalau dulu, macam dalam 5 tahun lepas, korang mesti perasan bila mana tekan huruf 'F' aje kat Internet browser, yang first sekali mesti keluar web friendster kan? Kan? Toksah tipu....

Tapi sekarang ni, tahun 2010, mesti dah takde langsung web tu kan. Tekan huruf 'F' aje, confirm keluar web facebook kan? Kan? Toksah tipu....

Zaman dah berubah. Tipu la huruf 'F' tu takde keluar facebook dan web pertama keluar plak tu friendster. Toksah tipu....

Kami, sang lelaki kalau tekan huruf 'F' pulak mesti keluar dua page ni, facebook dan fantasy premier league. Betul, kami tak tipu....

Kalau tak percaya, try la tekan huruf 'F' tu kat address browser anda.

ps: Fiziy pun start huruf 'F'. hihi


Oh lupe, saya ade twitter. Lepas ni facebook pun akan dilupakan. Cuma sekarang ni facebook ade game Airline Manager. hehe