Wednesday, October 29, 2008

ABC yang menaikkan ghairrah!

Terkesima! Teruja!



Ini bukan apa yang kamu fikirkan! Ini sebenarnya ABC (Air batu campur) di kopitiam mana tah. Geng lepakan aku punya mataher yang snap ini gambar!

Andai korang semua tahu ini di mana, kasi tau sama saya. Mahu tengok secara live.

Sebab aku di tag, dan aku sporting

Diloz tag aku. Aku buat. Dah janji. Maaf la ye kerana lambat buat ni. Sibuk sangat weekend lepas!

Ok, kita terus ke markah (straight to the point). 7 perkara tentang AKU.

  1. Aku secretive. Cukuplah tu. Aku memang secretive, takyah nak korek apa apa ok?
  2. Oleh kerana aku seorang secretive, pastinya aku pandai menyimpan rahsia kan? Pastikan kamu semua bagitahu dulu bahawa cerita itu adalah rahsia, nanti kalau tak kasi tau mana aku tau itu rahsia. Faham ke?
  3. Filem kategori U, 18sg, 18sx, 18pl? What the duck? Aku hanya mengkategorikan filem dalam 2 kategori, iaitu BEST dan TIDAK BEST. Cerita paling best? Bourne lah! Yang tidak best, tidak dapat disenaraikan angkara entri ini pastinya ada limitation on characters. HAHA
  4. Aku suka minum air panas. Ajak la aku pergi makan kat restoran mamak, teh o panas, teh tarik, milo panas dan barli panas memang menu aku.
  5. Aku rasa aku main bola lebih hebat daripada team bola Malaysia. Team bola aku lebih hebat daripada team bola Malaysia. Serius! Aku marah betul la ranking Malaysia ada 3 angka. Pergh geram!
  6. Kamu semua tahu, baru baru ni aku dikatakan memiliki muka yang serius, dan ceria. Mana satu yang betul ni? Tapi sebenarnya dua dua betul. Ini angkara suka tengok kartun batman la ni, pengaruh The Joker.
  7. Last sekali, aku seorang slow-walker, slow-eater. Kesian budak rumah aku, kena tunggu aku kalau berjalan nak pergi makan. Jalan lembap, makan pun lembap. Apa yang kau buat cepat je? Haa ini kalau lumba lari dengan aku, korang makan asap la ye. Aku laju tau lari. Lagi lagi kalau main bola, aku suka lelaju. HAHA
Ok, habis la cerita pasal aku sikit. Tapi ingatlah, semua ini kadang kadang bukan betul (aku punya betul tau) jadi janganlah mudah terpengaruh ye adik adik. Orang orang pedofil banyak di luar, berhati hati sikit!

Di akhir sekali kena tag orang pulak.
Boleh ke aku tag Diloz balik. HAHA. Tapi kalau boleh aku mahu tag semua orang! Tag mereka semua yang aku secara realitinya pernah jumpa seperti Alan, Adi, Efan dan Shapik. Mereka semua yang sudah popular dan glamor di alam blogosfera ini seperti Yoshz, Hajime, Weed and bandages, Marzuki, Pjoe (yang aku rasa diorg pun mesti dah buatkan?). Mereka semua yang bergadis gadisan dan berwanitaan jelita seperti One Love, Farah sr, Iqanabeera. Eleh korang, tay payah buat pun takpe, kami akan check past tense entri anda. Mana tahu, anda dah buat.

Buat mereka semua yang nama tidak tertaip di entri ini, sebenarnya anda pun di tag juga. Mari meriahkan alam blogosfera kita.

Apa apa pun, aku mahu mengharamkan segala komen untuk entri ini. Aku tidak mahu dikritik. Oh tidak mahu. Aku secara mentally nya sekarang ini agak lemah. Oh tidak! Aku penat! Bagus lah Syawal dah nak habis!

Thursday, October 23, 2008

Pari pari di bawah angin

Kenapa lagu lagu indie senang sangat stuck dekat otak? Aku pun dah naik muak, bila aku bosan aje mesti tiba tiba aku nyanyi lagu Pari Pari Di Bawah Angin. Bila hari tu nak pilih lagu karok pun mencarik lagu Aku Skandal. Harap harap lepas ni diorang band band indie buatlah lagu berunsurkan pendidikan, mungkin aku boleh skor final exam nanti. HAHA

Open House
Jemputan makan memang tak boleh tolak. Karang lapar! Jadi aku pergi dengan gaya lapar bawak satu geng lepakan lain. Nak buat cerita, aku jumpa lagi ahmoi ahmoi ini. Walaupun tangan balut stoking besar, diorang tetap dress to kill.

Dengan berbekalkan niat untuk memerli, aku pergi kat ahmoi tu. Cantik bandage tu. Dapat package masa jumpa doktor ke masa jumpa mekanik? HAHA pekat palat tak ayat aku. Ambik kau, servis bertukar tangan.

Dia diam je, takde respon. Macam bisu. Atau pekak. Atau kedua duanya! Jangan dia mintak aku barang seringgit dua sudah. Aku cuba melupakan kisah CM aku itu!

Ibarat hujan pun tahu berhenti turun, aku dan geng pun tahu jugak berhenti makan. Tahu jugak nak belah. Tahu jugak bermimpi duit raya! Damn, dah besar tak dapat duit raya lah!

WHAT THE DUCK!!?

Ikutkan aku mahu aje hentak ahmoi pakai stoking kat tangan tu.

Alcohol + Nicotina (bukan aku)
Ceh, kau pun berasap gak ke? SKL? Biatch la korg... Jangan kamu orang langgar lampu jalan sudah!

Friday, October 17, 2008

Oh Central Market

Hujan! Semalam petang hujan! Tapi sempat jugak aku jejak Pudu dan terus ke Central Market.

Ok, di lorong CM tu, di hujung itu ada satu McD kan? Sebelum tu ada pulak KFC kan?

Ok, ini satu masalah! Perut kosong, bawak pulak 2 beg. Takkan aku nak tahan puasa enam sekejap sampai ke Klang? Ok, marilah 'lek lu sap kok lu' (pinjam ayat encik Hajime) sambil berkira bajet dan berimajinasi makan apa paling sedap? KFC atau McD?

(masa ni aku dah perasan seorang mamat bertopeng bertopi hitam baju kaler kuning dok usha line aku je. Risau jugak, dah la seorang dara diri.)

Sudah selesai sebatang rokok, keputusan hidup mati aku pilih KFC. Bukan kerana sedap, tapi atas dasar ingin cepat makan. (KFC situ kurang customer. HAHA)

Snack plate, bayar, cuci tangan dan duduk. DAMN, mamat topi hitam tu lagi? Kenapa dia duduk kat meja aku? Huh, ape? Ok laa, dia duduk di kerusi bukan di meja, kerusi yang sama meja dengan aku. Biasalah, perut kosong mesti ada buat salah punya.

Kasihan diri atau orang pelik (stranger)
Aku menenangkan diri dengan bersahaja duduk di situ. Mamat topi hitam tu senyum. Senyum.
Dan senyum. Dan senyum. Ok, sekarang saiko. Aku cuak. Cuak. Dan cuak. Dan cuak (sambil menyedut air pepsi kurang ais).

Tiba tiba dia bangun dan terus capai poket seluar belakang dia. Alamak, membahaya situasi ni. Mamat ni nak tikam aku ke? Belakang dia ada pisau ke gunting? Kalau nak tikam, pakai benda yang tajam, tak terseksa aku mati nanti. Eh, siapa pulak nak tikam aku ni? Tikam dari belakang je lah, aku tak nampak sekurang kurangnya. Mungkin adik aku mengupah seseorang utk menikam aku selepas dimalukan di Melaka tempohari? Atau geng rumah apartment marah sebab aku belah secara seludup? Ataupun Pak Lah menghantar geng suruh belasah aku sebab aku kasi emel suruh dia letak jawatan? Arghhhh...

Dia tunjuk wallet. Wallet? Ceh! Gelabah je. Tapi wallet siapa? Wallet aku? Kalau macam itu, tadi aku bayar pakai duit siapa. Aku check, dan double check lagi. Wallet tu bukan aku punya. Tapi mamat topi hitam itu punya. Ok aku dah faham, wallet dia dah kering. So tak paham paham lagi ke aku ni?

Tapi sebelum itu, aku takkan melabur wang sesuka hati sahaja. Aku tanya nama dia, asal dia mana, dok area mana? Tapi dia tak jawab. Ces pokemon punya digimon! Tak nak jawab? Macam mana aku nak invest kat kau ni.

Dan rupanya mamat ini ialah OKU, orang kurang upaya. Pekak dan bisu! Oh serius aku pucat masa tu. Macam di hari aku melarikan diri daripada polis sebab main meriam, macam itulah pucatnya aku. Dan niat dia follow aku sebab nak pinjam barang 2-3ringgit. (di tangan dia ada satu sticky notes, die tulis aku baca). Tapi perlukah anda meng'follow' sehingga ke dalam KFC pun? Adakah aku seorang easy target, dari ramai ramai orang kat CM tu?

Bermurah hati sikit, aku kasi terus 5ringgit. Kalau jumpa, aku kaw kaw mintak balik. Stalk dia baik punya. HAHA. Kasi dia terimajinasi macam aku tadi.

Tuesday, October 14, 2008

I am a killer!

Seperti biasa, aku dan geng bas sekolah lepakan yang lain pastinya mempunyai jodoh yang panjang andainya ada match bola MoanU vs Chelshit (maaf, aku bukan fans either team). Aku rasa tokey restoran mamak pun rasa diorang suka kalau tiap taip minggu dua team ni sahaja yang main. Jangan buat gila, untung ni.

Oklah, aku tak mahu cerita pasal mamak mamak yang bela hantu pelaris ni. Cuma ada satu kisah yang membuat kami (cheewah, macam karangan SPM) berasa bingung (aku tidak sebut confused, entah kenapa) sampai sekarang ini.

Malam hari itu sedang sibuk si Berbatov bermain right wing dan si Lampard cuba sibuk untuk merembat bola, ada satu community ahmoi geng bas sekolah lama aku datang. Seorang bershort pant, seorang berskirt dan seorang lagi berskinny jeans duduk sebelah table kami. Memang favorite aku, tapi aku masih waras memikirkan si dia. Wah!

Eh, Fizi kan? Sebuk pulak nak tegur aku. Jadi aku pun sahut cabarannya. Yup darling honey Rach. Dari mana? Ini pancing sahaja, sebab aku boleh tahu mereka ini baru lepas berclubbing. Bau badan arak kuat!

Dia jawab, jalan jalan je. So aku pun buat buat percaya. Dia terkejut tengok aku menghisap rokok. Mungkin sebab aku mempunyai profile yang clean ketika di sekolah dulu. Tanpa ada markah demerit. HAHA

Dan si ahmoi ahmoi chantek ini pun ceramah lah aku. Tidak pulak ceramah geng lepakan aku. Sebab merokok. Satu ayat agak gampang mendalam maksudnya, 'you are a killer. you're killing us all slowly!' Pergh perit kan?

Ceh, apa pasal aku seorang sahaja yang kena? Tidak menyalahkan tokey tokey mamak yang menyediakan ashtray rokok. Tidak menyalahkan pihak berkuasa yang menyediakan tempat khas untuk merokok. Tidak pulak mereka marah menghantar surat bantahan, berdemonstrasi jalanan terhadap tokey Marlboro? Emosi emosi.

GOAL! Encik Kalou yang pendek itu berjaya menjaringkan gol menggunakan kepalanya hasil tindakan Berbatov yang tidak menggunakan otaknya.

Habis match, aku pun nak belah la cepat. Tak nak kena ceramah 'aku seorang pembunuh' itu lagi. Cepat cepat bayar, cepat cepat belah. Naik kereta, terus balik. Trauma!

DAMN! Kau tahu apa aku 'damn'kan? Ahmoi ahmoi itu membuat hal lagi. Tapi kali ini aku gelak tertawa riang. HAHAHA

Nicotina vs Alcohol
Padan muka, siapa suruh kau langgar lampu trafik tu darling honey Rach? Kan dah pecah bumper kau! HAHAHA! Minum lagi alkohol tu. HAHAHA

Lampu trafik dah takde. Accident? Salah kan dia.

Entry ini adalah memori yang pantas teringat pabila membaca entry baru blog encik Hajime. Terima kasih.

Resaksa Warning:
Don't drink and drive.

Sunday, October 12, 2008

Simpan saja bibir sexymu


Baru sekejap tadi aku berjalan jalan membeli tingkap window shopping campur lunch di Dataran Pahlawan Melaka (Datuk SRK, aku tak jumpa di sini). Aku keluar bersama famili. Yea kitorg memang happy family. Aku tak kisah member member aku perli aku masih keluar shopping dengan diorg. Diorg ni lah yang sponsor hidup ku sepanjang aku hidup ini. Emotional emotional.

Lepas lunch, aku berjalan bersama adik lelaki aku. Biasa la, lepas makan tekak rasa nak hisap rokok. Untuk menghormati family (supaya tidak bocor rahsia aku seorg smoker) lalu aku sentiasa membasahkan lidah yang kering. Style nya simple sahaja. Keluarkan lidah, kemudian kelilingkan lidah itu di sepanjang bibir. Jadi, di sini lah punca masalahnya.

Andainya kamu semua melihat seseorg menjelir lidah kepada kamu, apa reaksi? Itu baru menjelirkan lidah, cuba pula membasahkan lidah (style tadi) kemudian di depan sepasang kekasih berpegang tangan melihat? Pergh reaksi ketara!

Aku hampir di maki seorg budak yang baru nak naik (umur lebih kurang mcm form 5 kot) sebab 'menjelir' lidah di depan beliau. Ahh kau! Kau ingat aku nak cari pasal dengan kau ke (sebab dia ada bawak satu geng lagi. Buat gila la carik pasal kan).

Cuba pulak di depan sepasang kekasih. Heh, ini agak serius sikit. Sang lelaki amat cemburu sampai kejar aku sehingga di pintu masuk. Tapi settle amat mudah. Aku cakap aku 'GAY'. Dia terkejut, dan dia terus belah dari situ. Sudahlah aku berjalan bersama adik lelaki ku, semesra mesranya. HAHA. Memang menjadi.

Di sini aku belajar satu pengalaman. Jangan basahkan bibirmu di depan orang ramai. Persepsi orang berlainan. Pakai mask andainya anda seorang yang gian liat nak tinggalkan habit ini. Dan bawaklah adik lelaki seandainya ada supaya boleh lah menjadi backup actor atas kesilapan anda.

Sudahlah, aku nak pergi bermain tennis dan bola. Sukan GAY.

Saturday, October 11, 2008

Hoi exam ke?

Entry kali ini di ayahkasi dedikasi kan untuk para mahasiswa dan boleh la jugak untuk para budak sekolah. Demam peperiksaan dah start kan?

Tips untuk menipu, cheat code ketika exam amat banyak. Ada yang tulis notes lepas tu masukkan dekat dalam pen. Ada yang tulis dekat pemadam. Tulis notes chantek punya lepas tu tinggal kan dekat dalam toilet. Heh, itu semua kerja budak sekolah.

Teknik baru
Aku belajar satu teknik baru untuk menipu exam. HAHA jangan contohi (andainya anda hebat study). Teknik tersebut ialah conteng segala notes dan rumus di bahagian perut dan peha anda. Yaa, betul semua. Teknik berkesan. Ketika exam, pergi lah ke toilet check segala apa yang anda conteng itu. Sayangnya aku tidak sempat mempraktikkan. Apa kata anda semua cuba, kemudian kasi feedback.



Good luck semua. All the best. Ketika ini, aku mungkin berada di panggung. Marathon movie! Exam sudah habis.
pst semua: Mencari mereka yang handal membuat huruf 'O' dengan asap rokok. Ajarkan ku secara online. Anda akan mendapat sekotak full rokok pack besar pilihan anda jika aku berjaya menguasai teknik huruf 'O'.

Friday, October 10, 2008

Ah Long kejar!

Tipu lah kalau korang semua tidak pernah berhutang walau seringgit pun. Singgit pun duit. Dan aku tidak mahu menipu diri cakap aku tak pernah berhutang.

Tapi aku tak pernah hardcore pun dalam meminta meminjam duit orang, orang yang aku kenal sahaja. Paling max pernah aku mintak pinjam dari housemate aku, nak bayar duit rumah. HAHAHA itupun dah settle pun rm50 tu.

Ada yang tertunggak lagi, ada la dalam 3-4 orang member masing masing berkreditkan rm10 (jee). Tapi agak malu jugak sebab mereka tiada keupayaan yang hebat untuk menuntut hutang mereka, jadi aku masih belum bayar lagi. Oi relax dulu, aku bayarlah nanti. (ayat koman la ni)

Balancing sikit akaun aku, ada orang masih berhutang aku pulak rm250. Mamat ni pulak aku memang tak akan jumpa dia lagi. Sudah lah hilangkan helmet full face ARC aku, tapi buat tak reti pulak. Emo emo!

Smoker
Aku kategori social smoker. Serius shit, aku hanya merokok bila geng geng lepakan tidak merokok (ini di kampus). Tapi bila di hometown, aku jarang menjadi jin makan asap. HAHAHA konon nampak cool la...

Kira kira rokok
Marlboro soft pack kecik = rm6.5o (yang rm6 (promotion edition kot) gua tak layan)
Seminggu beli 3 kali (angkara di pau budak rumah, bodek cakap ada taste hisap marlboro)

Jadi rm6.50 x 3 = lebih rm20 la.

Andainya raya setiap bulan, aku pasti bersyukur gila baban. Member aku punya abang kasi free rokok.

ini rokok pack 10, Philippines (rm2)

Resaksa Warning:
Cigarettes are addictive

Happy smoking!

Wednesday, October 8, 2008

Yaa aku ada Exam tapi sudah pun selesai

Yaa semua, aku ada exam. Tak sedap beraya, fikiran dahpun melayang di Exam Hall. Dejavu?

Pinggan guna masa raya makan ketupat dan lemang campur serunding & kuah kacang (perghh... nikmat dunia ini) pun tak basuh lagi. Takbir raya setiap lepas solat di masjid pun masih berkumandang (3hari takbir). Baju raya pun tak puas lagi pakai, drama di Astro Ria pun tak habis lagi tengok. TV series pun tak habis lagi download. Tapak sandal baru pun masih tak sempat mencium tanah. Collection duit raya tak cecah rm50 lagi. Makcik Pakcik belah ayah pun tak jumpa lagi. Tapi yang paling penting, notes DCS5078 Database System masih belum khatam, aptah lagi hafal. Itu yang penting, ayah aku yang cakap ini.

Lalu, di hari raya yang ke4 setelah lama berdiskusi sekeluarga pulang lah aku ke tempat sepatutnya. Di MMU! Ada exam. Walaupun 2 papers je semester ni, jangan ambik mudah. Ini abang aku pulak yang cakap. Ceh. Hang boleh la, kaki study (HAHAHA).

Tidak menarik langsung jadual exam kali ni, walaupun 2 paper je gap antara 2 itu tak cecah 24 jam pun. Tapi sudah cukup menarik pulak sebab ia habis awal. HAHAHA lagi aku!

Merdeka! At least untuk sebulan ini, aku dah boleh relax dan enjoy. Beraya sakan. Tidak perlu dejavu dejavi lagi.

Marilah beronggeng dan beraya!

Monday, October 6, 2008

Sampul Duit Raya

Tahun ni, aku masih menerima duit raya. Aku boleh membayangkan tahun depan, aku pulak yang memberi.


Sampul duit raya paling menarik dan kreatif untuk tahun ini, Maxis. Entahlah.

depan

belakang

Yang chanteknya, kepala sampul tu ada rupa bulan.

bila ditutup, mcm bulan sabit

bila dibuka, mcm bulan mengambang

Sesuailah, bulan kan lambang agama Islam.

Tapi paling mahal sekali, di hujung sampul tu ada tertulis nama aku.



Wah, memang reserve khas. Inilah jadinya kalau jarang ketemu, duit raya pun kena tag!

Di mulut sampul tu (sampul pun ada mulut) tertulis satu ayat 'Tangan yg menerima memberi lebih baik daripada tangan yang memberi menerima'.

Terima kasih Along Mika.

Wednesday, October 1, 2008

Tradition on Hari Raya

Tradition means a belief, principle or way of acting which people in a particular society or group have continued to follow for a long time.

Hari Raya Eid Fitr di Malaysia memang ada tradisinya sendiri.

Kuih/Biskut Raya
Tak kisah lah, kuih buatan sendiri ataupun kuih tunjuk (kuih beli, tunjuk je nak apa) kuih/biskut raya wajib ada. Nak hidang apa kat tetamu kalau kosong je balang tu?

Duit Raya
Khas utk budak budak. Bapak budak kena kasi duit raya. Ikhlas kasi, dapat pahala. Dulu, aku suka kumpul sampul raya. Heh serius! Duitnya aku kasi mak ayah (haha.. percaya sangat).


Balik Kampung
Aku tak pernah ingat aku beraya di bandar. Tiap kali raya mesti balik kampung walaupun 2 hari. Itu nak kasi adanya mood raya, lagi lagi masa kat highway Plus dengar radio pasang lagu raya, memang masyuk. Tambah lagi dengan kiri kanan jalan sesak, semua muka still ceria. Ada ke orang muka ceria semacam time jalan sesak? Heh, setahun sekali je...

Foods
I mean loads of foods. Lemang, ketupat, rendang, satay. Semua terhidang. Ikut tekak, memang semua nak sapu..

Open House
Bila dah ada loads of foods, buatlah pulak open house. Baguslah tu, kadang kadang tiap hari ada aje majlis open house tu. Oklah, boleh save budjet makan bulan Syawal ni.

Baju Melayu/Baju Kurung
Bila dah ada open house, nak lah bergaya sikit. Biar papa, asalkan berbaju baru. Baju melayu macam dah wajib pakai hari raya. Tak cukup sempurna rasanya tak mengenakan baju melayu. Perempuan dengan baju kurungnya macam mana?

Lagu Raya
Lagu paling mudah nak hafal. Tak payah nak lirik, install lyric plugin kat winamp konon nak karaoke depan PC. Tak payah! Kadang kadang penyanyi lagu tu pun kita tak tahu. Hebat aura lagu raya ni.

Movie mencanak nak keluar
Alahai, siapa la nak tgk movie time raya? Baik tgk TV, dan tentu semua movie Melayu keluar. Rempit lah, Impak Maksima lah, I'm Not Single lah. Drama Melayu pun banyak. Ermm lupa pulak, orang Melayu sekarang dah tak tgk movie Melayu.. hee

Forgotten Tradition
Kad raya orang dah lupa nak kirim. Sekarang zaman emel, sms, mms. Tahun ni aku hanya dapat 3 kad raya, itupun sorg hantar by hand.
Mercun, segala meriam dipaksa utk dilupakan. Bukan sendiri sendiri nak lupa, tapi kalau kantoi dengan pak polisi, menjawab la pulak. Pernah jugak aku kantoi main karbait dengan pak polisi, tp nasib baik sempat lari masuk hutan. Kalau tidak? Huh, menjawab...

Takbir raya, sembahyang raya, puasa enam bukan tradisi. Ini memang agama sendiri galakkan.


Wishing all, Happy Eidfitri. Maaf Zahir Batin.