Wednesday, January 21, 2009

Micheal Ballack tidak tua (lagi)

Kadang kadang jangan lah suka nyampuk cakap orang.

Apek: Itu hari, itu Ballack manyak tarak guna woo...

Apok: Yelah, memang tak boleh pakai la dia. Sudah tua pun...

Apek: Mana ada tua. Itu Ballack manyak muda lagi maa...

Apok: Muda apenye tokey, lari pun sudah lembap. Sepak bola pun tarak masuk gol. Aparaa dengan Stoke City pun menang last minute. Aduss!

Apek: Lu cerita apa? Gua cerita Ballack Obama laa... Aiyoo!

Apok: Itu Barrack Obama la pek, lu kan nak kena sepakan percuma aku ala ala Micheal Ballack ke?

Apek: Yela, Ballack Obama. Betul apa? Aiyaa...

Apok: Lu memang cari pasal pek!

Babak berikutnya memerlukan kesan CGI yang kuat dan kemahiran teknikal Micheal Ballack untuk diteruskan. Anda kenal tak Micheal Ballack ni?

Barack Obama, Presiden ke44 USA. Jom lihat, bolehkah beliau mencari jalan penyelesaian isu perang Palestin-Rejim Zionis.

Tapi aku rasa dia TAK BOLEH.
Sekian. (pantas menaip)

Thursday, January 15, 2009

Apabila perut di'priority'kan!

Urgh, lapar sangat. Mari ke dapur, lihat apa terhidang.

Eh lupa pulak, mana ada orang kat rumah. Oleh itu, marilah beramai ramai berdoa agar ada bidadari dari kayangan turun, masak makanan untuk aku. Sardin pun cukuplah.

Tapi, semua itu hanya boleh di tonton di TV drama Indo petang petang kat TV3. Ala, macam cerita Bawang Merah Bawang Puteh, ada bidadari tolong! Walaupun kecik je bidadari tu, tapi kalau ikutkan skala 1:32, cantik sebenarnya! Mungkin macam model!

Dan demikian, aku hampa akan ketiadaan unsur magikal di rumah aku. Dengan perut yang lapar, aku mengambil keputusan nekad untuk masak. MASAK! Satu perkataan yang kelakar andainya aku sebut. Yelah, mane reti masak weyh. Masak air pun aku failed tau. Nak harapkan jiran aku, apekejadah! Maid jiran aku pulak, haramjadah! (yelah, bukan muhrim, haram hukumnya)

Aku memang malas, pakai je apa yang ada kat dapur tu. Tapi niat nak makan nasi goreng. Haa nasi goreng, pattaya pulak tu puan puan. Ingat chef wan je boleh buat! HEHE

Eh, ape tu...? Boleh la, takde rotan akar pun berguna jugak. Maggi asam laksa!

Megi pun, megi laa. Hari ni asam laksa. Besok boleh masak perisa ayam pulak. Tulat kari. HAHA

Bagus tak aku masak?

Monday, January 12, 2009

Tangan gatal hoi!

Dalam kesesakan tren KTM hari itu, entah kenapa si beliau ni, tangan beliau agak kegatalan dan kemeriahan sungguh. Dah bila sesak tren tu, sudah sure lah pelbagai orang dan kaum bergaul bersama secara paksa.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, dan bangsa. Ada yang cantik, ada yang kurang cantik, ada yang kurus, ada yang gem(bira)uk, ada yang tinggi dan ada yang kurang tinggi (mcm aku daa..).

Dan segolongan ini gatal pulak tangan nya. Dan bila sesak padat begini kalau gatal tangan tu, anda berada di salah blog tempat. Mereka ni tangan gatal. HAHA jangan fikir meraka kaki raba.

Tapi gatal sungguh tangan itu bila bermain handset memasang lagu indie rock kuat kuat. Sumpah doh kitorang yang lain jadik gatal telinga. Dah lah bersesak sesak, tambah lagu kau kuat kuat, ketara gila kusut kitorang. Kau ingat konsert!?

Jadi, rakan beliau ni pun gatal tangan jugak (dan sebenarnya gatal telinga jugak angkara beliau). Lalu, bermula lah kisah tragis di mana di stesen Batu Tiga, beliau telah di tolak keluar olehnya ketika saat pintu tren itu hendak tertutup. Tambah gatal tangan, si rakan ini melambai lambai tangan ke arah beliau, sehingga tidaklah nampak kelibat si beliau.

Aku pun turut serta melambai tangan. Tata, goodbye dude!

Serta merta aku mengucapkan terima kasih kepada si rakan beliau.

Monday, January 5, 2009

Penikam Belakang di mana mana

Lihat sikit sikit. Pandang kiri. Pandang kanan.
Tengok belakang. Konsentret di depan.

Tapi diorang ni masih ada. Backstabber(s)!
Huh! Sakit, sengal sengal kena tujah. Macam Ip Man belasah General Sanpo.

Terkulai aku!

isk isk isk

Thursday, January 1, 2009

Someday soon

Akan update belog (perkataan ciptaan gadis belogger paling hot di Malaysia). Someday soon. Baru balik rumah, celebrate nuyer di Melaka yang tidak meriah pun di sini, tapi kami memang havoc. Mark my words, someday soon akan update belog.

HAPPY NEW YEAR campo AWAL MUHARAM. Hentikan perang di Gaza!