Monday, November 9, 2009

Kenapo nogori den monang?

Den dah tau macamano nogori den boleh monang lawan team Kelantan haghi tu. Sobab team den ado sembilan nogori, Kelantan satu jo. HAHA

(ini adalah lawak untuk seminggu dua di persekitaran Malaysia, malah mungkin akan berlarutan sehingga 70 tahun lagi.)

Thursday, November 5, 2009

Mitos pengapit pengantin (untuk lelaki)

Pabila anda berkahwin dan berniat untuk melakukan acara bersanding, pastikan anda tahu sedikit sebanyak tips untuk menjadikan majlis itu meriah (untuk sang pengantin lah).

Kerana semakin banyak "mitos tentang pemilihan yang betul untuk pengapit pengantin" kedengaran sana sini. Pastikan ia bersesuaian dengan sang pengantin yeah!.

Sang pengantin: Nanti aku kawen, aku nak kau jadi pengapit aku tau.

Bakal pengapit: Huh, sudah tentu. Aku kan kawan paling rapat kau. Nak punah ke majlis kawen kau kalau tak pilih aku jadi pengapit..

Sang pengantin: Bukan apa, aku dengar kalau nak cari pengapit yang bersesuaian kena lah pilih pengapit yang kurang hensem banding dengan pengantin tu sendiri.

Ini formulanya:
Tahap kehenseman: Pengantin > Pengapit

Bakal pengatin: Oh!!! (diam seketika....) wey ini boleh carik gaduh ni..!!

Oleh itu, silalah ambil tips ini agar anda sang pengantin tidak di'overshadow' di majlis kawen anda.

Sekian drama pendek!

Wednesday, November 4, 2009

Hiatus di pendek.

Balik hiatus, tapi rasa macam nak sambung. Aku cuba try test tengok dulu.

Euphoria mood sekarang ni. Entah lah kenapa! Nanti nanti aku nak try blogging balik.

Wednesday, June 3, 2009

Rehat yang ringan

Saya telah di nasihatkan untuk berehat secara konsisten dalam masa seminggu dua yang lepas oleh doktor kerajaan negeri Melaka.

Doktor: Kamu perlu berehat, makan ubat ikut jadual. Dan lepas dah baik, selalu selalu lah bersenam ye...

Mr F: Bersenam? Takut tak larat lah cik doktor...

Doktor: Takpe, buat aktiviti aktiviti ringan pun dah ok. Cukuplah keluar peluh...

Mr F: Oh.... saya yang ringan ringan tu memang dah biasa buat cik doktor. Hehe!




Kemudian, permintaan saya untuk mendapat email doktor tersebut punah. Ala, nak add masuk facebook je.

Kita jogging je tau, tanak yang ringan ringan tu.. hehe

Thursday, May 28, 2009

Fakta demam


Hari tu saya demam. Demam sangatlah lama (hampir seminggu kot) dan sangatlah teruk (3hari straight saya tidur saje).

Mother: Kau ni demam aje.

Saya: Biasalah mak. Orang cakap kalau selalu sakit, Tuhan ingat kat kita.

Mother: Kau tu ingat kat Tuhan tak? Tuhan je nak ingatkan kau, susah le... (sambil berwink wink matanya)





hehe, Selamat Hari Ibu. kalau masih sempat lah!

Friday, May 22, 2009

Adam Lambert vs Kris Allen

Adam Lambert & boyfriendnya Kris Allen


Walaupun si Adam Lambert memang hebat menyanyi, tapi tak semestinya dia akan menang. Betul kan? Terimalah takdir ye, walaupun saya suka sangat masa minggu Micheal Jackson tu.

Tapi saya tak sokong betul lah Kris Allen ni menang. Saya nak Adam Gokey! Dia kan guru vokal, mesti lah lagi hebat?


Sepatutnya depa kena buatlah macam kat Malaysia, vote afundi masuk balik... haisyhh!


Hiatus hiatus berpanjangan!

Tuesday, April 28, 2009

Mitos: Mati hidup balik

Mungkin anda semua tidak tahu, cerita mitos "Mati hidup balik" seringkali berlaku di mana mana pelusuk dunia.

Mereka yang sudah melaluinya mungkin akan tersenyum apabila mengenangkan phrase "Mati hidup balik" ini. Seperti aku sendiri. Yea, aku sudah melalui peristiwa ini.

Yang mati, memang tidak akan dapat hidup kembali. Tapi yang hidup, pergi lah balik. Teruskan kehidupan mu.

Maka, mitos "Mati hidup balik" bukanlah mitos. Ia fakta. Sekian, mythbuster Malaysia melaporkan.



*sniff snippet sniff*

Al-Fatihah untuk arwah nenek, Hajjah Bariam bt Hj Nor yang telah pulang ke pangkuan Ilahi pada 24 April 2009, Jumaat pukul 5.05pm. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan tergolong antara orang orang yang beriman. Amin.

Tuesday, April 7, 2009

Anak Syaitan

Ustaz aku pernah berceramah pasal cara atau posisi tidur yang digalakkan di dalam Islam. Nampak sempurna sungguh hinggakan posisi kita tidur pun perlulah di jalan yang benar.

Rasanya ramai dah tahu pun posisi yang betul ketika tidur. Iaitu badan perlulah mengiring ke kanan, tangan kiri tidak dijatuhkan ke belakang. Sebabnya ia memudahkan perjalanan darah, itu katanya. Aku tak tahu pun. Mungkin mereka yang belajar medik boleh kemukakan fakta fakta yang betul. Kami semua mahukan fakta ye, bukannya auta mahupun faktab!

Cuma satu posisi ni je tidak di galakkan iaitu tidur style face down kat bantal. Tidur ala ala berenang gaya bebas tu.. Ustaz cakap ia bolehla diibaratkan seperti kita sedang melakukan ehem ehem dengan syaitan. Melakukan ehem ehem..... ala melakukan proses persenyawaan la... HEHE.

Dan setiap kali kita tidur sebegitu, maka akan lahirlah seekor lagi syaitan di dunia ni. Fakta mengatakan yang syaitan tidak akan mati, malah ia akan bertambah. Antaranya dengan tidur style renang tu la..

Camtu, aku selalu terpikir. Dah berapa banyak la aku ngandungkan setan setan ni? hehe

Hiatus

Selepas tempoh bertenang selesai, aku kini pulang dari hiatus ku dengan minda terbuka. Tempoh hiatus selama lebih dari sebulan (tak update blog utk bulan Mac) betul betul menguji jari jemari dan pemikiran songsang ku.

Mungkin sebab yang di lihat kenapa perlunya hiatus ini sangat tidak relevannya? Aku mengalami keputusan yang pelbagai - keputusan kewangan, keputusan rohaniah, keputusan jiwa. Wah, macam berat je isu ni. Untuk aku berat lah jugak sampai terpaksa mencari jalan mudah - melarikan diri dari masalah - kerna guwe tidak bisa berdepan smua cabaran cabaran masalah guwe. Ah, pedulikan!

Aku meraikan hiatus ku yang telah mencapai objektifnya!

Tuesday, February 24, 2009

Musim kahwin dan mengawan dah memuncak

Oh hari tu, A (bukan nama sebenar) mencarik aku. Dan dia boleh jumpa pulak aku di tengah tengah kekusutan orang ramai. Ilmu apa tah yang dia pakai, tapi aku tau dia ada bela dua ekor 'harimau' di rumahnya (sebab aku dah nampak, dan dia ngaku dia lupa nak suruh 'rimau' tu buat invisible mode).

Dia carik aku sebab satu mende je. Dia nak kasitau aku yang dia dah pun kahwin (sekali nikah tau). Dengan kekasih hati namanya Kak Ros Yati. Memang secocok la, lepas ni 'rimau' tu boleh la bawak turun kat anak bini ye.. HAHA

F: Kau ni pun kalau dah kawen tu, agak agak la.

A: Aku tak nampak yang tersirat tersurat kat situ... Cakap direct je lah!

F: Haha, tu perut tu. Tau la baru kawen, proses persenyawaan tak nampak ketara efek visual kat para lelaki tau. Lain la bini kau.

A: Lek la, bini gua ngandung gua kena ar saing dia. Kasi buyut sama. Baru sehati sejiwa, sehati berdansa... HOHO

F: Memang la sehati berdansa, karang bini kau dah beranak kempis la perut dia. Kau boleh ke kempis balik?

A: (berfikir seketika....) Haah la, aku tak membuat perkiraan pun bila lepas dia beranak... Dah tu camne ni?

F: Camtu la kau.... hehe

Yang bakal bakal kawen tu terutama abang aku tu, kasi ingat sikit. Makan tu jangan la lahap sangat, tau la aktiviti lepas kahwin ni makin aktif terutama proses persenyawaan memang minat betul. Opss, adakah aku sudah melanggar kod etika blog ini, blog yang tidak mengghairrahkan? Oh tidak, belum lagi.... Seandainya kamu semua naik ghairrah angkara entri ini, anda memang dah layak utk pergi kahwin! haha

Monday, February 16, 2009

Clap your hand say YEAH

Apabila rejim Zionis masih menyerang bumi Gaza, apa yang boleh kita buat? Apa yang mampu kita buat? Apa yang terdaya Muslimin Muslimat seluruh dunia boleh lakukan?

Aku tak tau apa yang kamu semua boleh buat. Aku hanya buat sebegini.

F**K. SHIT. A**HOLE.
KEM*K. LANC*U. BUT*.
Rejim Zionis. Israel. aka land grabber.

Yea, aku hanya boleh memaki.


Afik: Jom McD?

F: Mari..

Pudin: KFC laa.

Afik & F: Ok gak!

Ceh, macam mana? Boikot tak jadi la, Tun M. Nafsu gajah kitorg rakyat Mesia ni. Haisyh!!

Weyh, gi ar beli Marlboro ngan Dunhill. Erk?! Ni pun boikot gak..

Monday, February 9, 2009

Hensem kah anda?

Hari tu aku rasa sangat hensem dan macho berserta popular. Macam mase form 3, bila semua competition kat sekolah kita semua sapu bersih segala award! Macam mase form 5, bila semua event kat sekolah kita semua jadi exco! Macam mase first year masuk Uni, bila semua kelas kita semua yang tanya soalan! Wah, memang rase popular, dan hensem gila. Serta menampakkan ciri ciri pemimpin masa depan yang gila kuasa. HAHA (ini sensitif)

Satu akak lawa, satu awek cun, satu minah dari belakang baik punya dan segala jenis perempuan tersengih kat aku masa itu. Mungkin sebab aku kelihatan sangat hensem, sangat cute malah sangat irresistable (haha, korang boleh muntah lepas baca entri ini) lebih lebih lagi aku mengenakan satu dress code bertemakan 'lelaki macho selepas pulang berkerja'. Mungkin aku tersilap perkiraan karena aku hanya seorang insan yang berpakaian 'Made in Korea' buah tangan abang aku tapi pergi KL naik komuter? Apejadah kan...

Tapi hensem kah anda kalau anda ke hulu ke hilir dengan baju yang masih ada price tag di bawah baju? Wah, aku rase sangat hensem sebab price tag.

Wednesday, January 21, 2009

Micheal Ballack tidak tua (lagi)

Kadang kadang jangan lah suka nyampuk cakap orang.

Apek: Itu hari, itu Ballack manyak tarak guna woo...

Apok: Yelah, memang tak boleh pakai la dia. Sudah tua pun...

Apek: Mana ada tua. Itu Ballack manyak muda lagi maa...

Apok: Muda apenye tokey, lari pun sudah lembap. Sepak bola pun tarak masuk gol. Aparaa dengan Stoke City pun menang last minute. Aduss!

Apek: Lu cerita apa? Gua cerita Ballack Obama laa... Aiyoo!

Apok: Itu Barrack Obama la pek, lu kan nak kena sepakan percuma aku ala ala Micheal Ballack ke?

Apek: Yela, Ballack Obama. Betul apa? Aiyaa...

Apok: Lu memang cari pasal pek!

Babak berikutnya memerlukan kesan CGI yang kuat dan kemahiran teknikal Micheal Ballack untuk diteruskan. Anda kenal tak Micheal Ballack ni?

Barack Obama, Presiden ke44 USA. Jom lihat, bolehkah beliau mencari jalan penyelesaian isu perang Palestin-Rejim Zionis.

Tapi aku rasa dia TAK BOLEH.
Sekian. (pantas menaip)

Thursday, January 15, 2009

Apabila perut di'priority'kan!

Urgh, lapar sangat. Mari ke dapur, lihat apa terhidang.

Eh lupa pulak, mana ada orang kat rumah. Oleh itu, marilah beramai ramai berdoa agar ada bidadari dari kayangan turun, masak makanan untuk aku. Sardin pun cukuplah.

Tapi, semua itu hanya boleh di tonton di TV drama Indo petang petang kat TV3. Ala, macam cerita Bawang Merah Bawang Puteh, ada bidadari tolong! Walaupun kecik je bidadari tu, tapi kalau ikutkan skala 1:32, cantik sebenarnya! Mungkin macam model!

Dan demikian, aku hampa akan ketiadaan unsur magikal di rumah aku. Dengan perut yang lapar, aku mengambil keputusan nekad untuk masak. MASAK! Satu perkataan yang kelakar andainya aku sebut. Yelah, mane reti masak weyh. Masak air pun aku failed tau. Nak harapkan jiran aku, apekejadah! Maid jiran aku pulak, haramjadah! (yelah, bukan muhrim, haram hukumnya)

Aku memang malas, pakai je apa yang ada kat dapur tu. Tapi niat nak makan nasi goreng. Haa nasi goreng, pattaya pulak tu puan puan. Ingat chef wan je boleh buat! HEHE

Eh, ape tu...? Boleh la, takde rotan akar pun berguna jugak. Maggi asam laksa!

Megi pun, megi laa. Hari ni asam laksa. Besok boleh masak perisa ayam pulak. Tulat kari. HAHA

Bagus tak aku masak?

Monday, January 12, 2009

Tangan gatal hoi!

Dalam kesesakan tren KTM hari itu, entah kenapa si beliau ni, tangan beliau agak kegatalan dan kemeriahan sungguh. Dah bila sesak tren tu, sudah sure lah pelbagai orang dan kaum bergaul bersama secara paksa.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, dan bangsa. Ada yang cantik, ada yang kurang cantik, ada yang kurus, ada yang gem(bira)uk, ada yang tinggi dan ada yang kurang tinggi (mcm aku daa..).

Dan segolongan ini gatal pulak tangan nya. Dan bila sesak padat begini kalau gatal tangan tu, anda berada di salah blog tempat. Mereka ni tangan gatal. HAHA jangan fikir meraka kaki raba.

Tapi gatal sungguh tangan itu bila bermain handset memasang lagu indie rock kuat kuat. Sumpah doh kitorang yang lain jadik gatal telinga. Dah lah bersesak sesak, tambah lagu kau kuat kuat, ketara gila kusut kitorang. Kau ingat konsert!?

Jadi, rakan beliau ni pun gatal tangan jugak (dan sebenarnya gatal telinga jugak angkara beliau). Lalu, bermula lah kisah tragis di mana di stesen Batu Tiga, beliau telah di tolak keluar olehnya ketika saat pintu tren itu hendak tertutup. Tambah gatal tangan, si rakan ini melambai lambai tangan ke arah beliau, sehingga tidaklah nampak kelibat si beliau.

Aku pun turut serta melambai tangan. Tata, goodbye dude!

Serta merta aku mengucapkan terima kasih kepada si rakan beliau.

Monday, January 5, 2009

Penikam Belakang di mana mana

Lihat sikit sikit. Pandang kiri. Pandang kanan.
Tengok belakang. Konsentret di depan.

Tapi diorang ni masih ada. Backstabber(s)!
Huh! Sakit, sengal sengal kena tujah. Macam Ip Man belasah General Sanpo.

Terkulai aku!

isk isk isk

Thursday, January 1, 2009

Someday soon

Akan update belog (perkataan ciptaan gadis belogger paling hot di Malaysia). Someday soon. Baru balik rumah, celebrate nuyer di Melaka yang tidak meriah pun di sini, tapi kami memang havoc. Mark my words, someday soon akan update belog.

HAPPY NEW YEAR campo AWAL MUHARAM. Hentikan perang di Gaza!