Monday, January 12, 2009

Tangan gatal hoi!

Dalam kesesakan tren KTM hari itu, entah kenapa si beliau ni, tangan beliau agak kegatalan dan kemeriahan sungguh. Dah bila sesak tren tu, sudah sure lah pelbagai orang dan kaum bergaul bersama secara paksa.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum, dan bangsa. Ada yang cantik, ada yang kurang cantik, ada yang kurus, ada yang gem(bira)uk, ada yang tinggi dan ada yang kurang tinggi (mcm aku daa..).

Dan segolongan ini gatal pulak tangan nya. Dan bila sesak padat begini kalau gatal tangan tu, anda berada di salah blog tempat. Mereka ni tangan gatal. HAHA jangan fikir meraka kaki raba.

Tapi gatal sungguh tangan itu bila bermain handset memasang lagu indie rock kuat kuat. Sumpah doh kitorang yang lain jadik gatal telinga. Dah lah bersesak sesak, tambah lagu kau kuat kuat, ketara gila kusut kitorang. Kau ingat konsert!?

Jadi, rakan beliau ni pun gatal tangan jugak (dan sebenarnya gatal telinga jugak angkara beliau). Lalu, bermula lah kisah tragis di mana di stesen Batu Tiga, beliau telah di tolak keluar olehnya ketika saat pintu tren itu hendak tertutup. Tambah gatal tangan, si rakan ini melambai lambai tangan ke arah beliau, sehingga tidaklah nampak kelibat si beliau.

Aku pun turut serta melambai tangan. Tata, goodbye dude!

Serta merta aku mengucapkan terima kasih kepada si rakan beliau.

5 Comments:

Anonymous said...

aku x peduli janji towel acap dh basuh....kalau towel melekat aku aku bakar secara spontan

Adi Aizuddin said...

haha lawak ah care ko cite ni!
suke aku bace blog ko :)

mrblind said...

hahhaa..padan muka budak indie tu..memang patut pun..

ceri masam said...

wuyo!

aku kagum!
serius!

sbb sampai hati wo buat budak tu mcm gitu? hehehee :p

Fiziy said...

kesian acap keril.

mmg padan muke die. HAHA