Sunday, May 9, 2010

Mengapa kahwin nak grand? [part 1]

Aku kurang memahami kaum wanita. Mereka seboleh boleh nak kahwin secara grand. Paling tidak, jemputan mesti dalam perkiraan sejumlah 1500 orang. Kad kahwin nak 1500 keping jugak. Dan sekeping mesti harga rm1.50 ke atas. Tu belum lagi catering yang satu kepala rm20 punya.

Kalau macam tu, perkiraan untuk satu majlis sahaja boleh cecah rm30k. Betul, gua tak tipu. Gua dah jalankan survey ni. Sebab tahun ni je, setiap bulan gua ada saje jemputan kahwin kawan kawan gua.

Yelah bukan ape, dah kahwin grand sangat ni, kitorg sebagai para jemputan mestilah segan nak hulur rm10 je. Koman koman rm50 weyh. Yang bagi hadiah tu lagi lah rasa segan silu je kalau setakat hadiah cerek letrik, set sudu garfu dan set pinggan mangkuk. Koman koman hadiah cuti pelancongan ke Phuket 7hari 6malam.


Ape ape pun aku suka dengan pihak lelaki punya majlis. Sebab kami hanya mementingkan acara acara penting dalam majlis perkahwinan. Sepertinya:
  1. Acara karaoke sampai maghrib. Ini penting untuk kemeriahan majlis.
  2. Kawan kawan wajib datang, dan lepas habis majlis ramai ramai pergi photoshoot.
  3. Lagi nak meriah, mintak tukang kompang bawak lagi potong mase berkompang.
Ape ape pun, entri ini aku bersambung nanti.
Nanti tu, memang aku tak tau lah bila kan. . . . . .

5 Comments:

Amirul Idham said...

biase lah tu..
perempuan dah mengimpikan perkahwinan yg grand selepas kali pertama mereka period.

tapi kat tempat aku ada catering rm8 satu kepala. service superb beb

Anonymous said...

sebab perempuan nak kahwin sekali je seumur hidup. tak macam lelaki. kadang-kadang buat empat kali, membuatkan persandingan tu benda yang tak exclusive untuk mereka.

dan of course, ang pow!

Fiziy said...

well actually kan J.Love, kesinambungan entry ini pun ade kaitnye,mungkin hampir2 same dgn ape yg u comment.

tp mane nak jumpe lagi catering rm8 tu weyh?service mst mcm sampah.tp ko ckp tip top.kat mane tu?

Amirul Idham said...

kat tempat aku ni, batu pahat, johor. tapi diorang buat gak cathering kat luar dari johor.

rm8 satu kepala tapi mesti 1,500 orang jumlah undangan

Hellioz said...

standard arh
laki is simple
perempuan is mcm2
gyahhahaha~