012 345 6789. Ini contoh sahaja.
Rakyat Malaysia bila memberi contact number kepada sesiapa, pasti sangat kita sebut begini dahulu.
012 dahulu.
lepas tu, 345.
dan akhir sekali, 6789. Betul?
Satu habit, aku pun macam tu jugak lagi lagi bila ahmoi ahmoi cun memintak no phone aku. Serius la, ramai ahmoi cun mintak no phone aku. Betul aku tak tipu. (ok la, diorang mintak lepas aku dah kasi rm5, pastu tiba tiba kredit phone aku dah bertambah. Apa maknanya?)
Dah 3 tahun, baru nak 'bahan'
Baju ni aku beli memang aku tahu ada silapnya, (ALL STAR, bukan ALL STRAR) sekurang kurangnya aku ada sesuatu benda yang kita beli bukannya Nike tetapi Neki, bukannya Adidas tetapi Adibas, bukannya Versace tetapi Vercase dan bukannya Nokia yang di bina di Jepun.
'Oi baju kau mcm mana dia tulis tu?'
'Mcm tu la.' Berseloroh je aku balas.
'Patut STAR la, bukan STRAR. HAHAHA'
'Aku tau. Korang baru tahu ke?' Aku balas yang macam cover line tapi betul aku tahu.
Takpe la, baju jugak. Cuma kamu semua baru perasan. 3 tahun aku pakai, baru perasan ke?
Sudahlah, mari ramai ramai lepakan sambil menonton bola, malam ni!
23 Comments:
all strar...kah kah kah..
kehkehkeh.
berapa hingget tu bai?
rm10 ke?
kira okies r tuh bro..
da gak bintang tuh..
haha.. y den neh..
levi's jadik levisa?
cmna tu?
dekat bali ada selipar balibong , ala-ala billabong lah tu
oh!
dulu aku sekolah kat STRAR ipoh!
koi pun pernah kena ..
KASET..
Dia tulis CMI bukan EMI..
tapi tulisan C tu ada lenggok E .. dem!
levisa? haha kurang tahu pulak ada camtu.
balibong di bali. kira orait ar tu.
janji kau confident pakai baju tu
Adidas jadi Abibas
caya la. aku memang anti branded sikit. anti pop. pergi mampos la.
ahahaha.....lu beli kt mane beb baju tuh??all strar..ahahahah...wa tak leh stop gelak...
limited edition kot
mana dapat
aku mau satu
ko penah pakai ke baju ni dulu. ke ak x penah prasan. ALL STRAR. unik tuh.
tak heran bagi aku sebab aku pun ada baju gitu..
ABIDAS,NIKI,BILABONG,hahaha..besalah,orang susah.nangis2 kat mak kata teringin nak baju ADIDAS,mak belikan ABIDAS.okeylah tu,asal berbaju..
kalau lu cakap baju ori tapi salah cetak, harga mesti melambung tinggi.
gua bid.
aku mmg confident aje pakai baju itu. lagipun org pun tau baju tu tak mahal mana pun.
aku rase aku beli ni kat CM kot. rasenya la..sebab kat area situ mmg aku suke tshirt2 obscene camni.
oi sapik, aku rase aku penah pakai ar. ko je slalu xde ruma. HAHAHA
hahaha..
kalau aku kawan kau, mmg teruk aku bahankan kau..
kat mne kau beli tu..
RM 5 ke ape tu?
still jugak kau rugged sbb kau selamba!
cool ya amat!!!
aku gelak berguling bila tengok baju kawan aku jenama adibas!
yang konon beli di butik KLCC!
ececcece.... lu pun baru perasankan?
he he...
:p~
aku pun xprasan.
baru nk cakap aku nak beli, lawa.
skali baca entri xjadi.
haha
uih...rare sungguh baju tuh...beli kat ner????
aku tak penah perasan dow. tapi ko suke pakai baju ni
Post a Comment