Tuesday, February 24, 2009

Musim kahwin dan mengawan dah memuncak

Oh hari tu, A (bukan nama sebenar) mencarik aku. Dan dia boleh jumpa pulak aku di tengah tengah kekusutan orang ramai. Ilmu apa tah yang dia pakai, tapi aku tau dia ada bela dua ekor 'harimau' di rumahnya (sebab aku dah nampak, dan dia ngaku dia lupa nak suruh 'rimau' tu buat invisible mode).

Dia carik aku sebab satu mende je. Dia nak kasitau aku yang dia dah pun kahwin (sekali nikah tau). Dengan kekasih hati namanya Kak Ros Yati. Memang secocok la, lepas ni 'rimau' tu boleh la bawak turun kat anak bini ye.. HAHA

F: Kau ni pun kalau dah kawen tu, agak agak la.

A: Aku tak nampak yang tersirat tersurat kat situ... Cakap direct je lah!

F: Haha, tu perut tu. Tau la baru kawen, proses persenyawaan tak nampak ketara efek visual kat para lelaki tau. Lain la bini kau.

A: Lek la, bini gua ngandung gua kena ar saing dia. Kasi buyut sama. Baru sehati sejiwa, sehati berdansa... HOHO

F: Memang la sehati berdansa, karang bini kau dah beranak kempis la perut dia. Kau boleh ke kempis balik?

A: (berfikir seketika....) Haah la, aku tak membuat perkiraan pun bila lepas dia beranak... Dah tu camne ni?

F: Camtu la kau.... hehe

Yang bakal bakal kawen tu terutama abang aku tu, kasi ingat sikit. Makan tu jangan la lahap sangat, tau la aktiviti lepas kahwin ni makin aktif terutama proses persenyawaan memang minat betul. Opss, adakah aku sudah melanggar kod etika blog ini, blog yang tidak mengghairrahkan? Oh tidak, belum lagi.... Seandainya kamu semua naik ghairrah angkara entri ini, anda memang dah layak utk pergi kahwin! haha

9 Comments:

ceri masam said...

hahahahaha! nasib baik aku susah nak ghairah! hahaha

dumdum said...

hahaha..proses persenyawaan.sengal!

Anonymous said...

ko ckp kt member ko tuh, asl tak sruh satu malaysia support bini kau? kasi boyot reramai

Fiziy said...

acap ngan pudin dah ikut da. skrang kan trend membuyut. hebat pe?

Amirul Idham said...

tak cukup nak ghairah kan aku...

ape pasal kecik sgt tulisan blog kau ni..?

Fiziy said...

oh kecik ke? mungkin sebab aku pun kecik kot.. HAHA

akan diperbetulkan dengan kadar segera. beri feedback lagi ye. sebab baru tukar layout baru kan?

tasekM said...

engkau bila pulak fizi? :)


.

BudAk hijAu said...

hahahahahahahaha....sengal!

Amirul Idham said...

lama ko tak update..
hiatus gak ke ape ni?