Sunday, October 12, 2008

Simpan saja bibir sexymu


Baru sekejap tadi aku berjalan jalan membeli tingkap window shopping campur lunch di Dataran Pahlawan Melaka (Datuk SRK, aku tak jumpa di sini). Aku keluar bersama famili. Yea kitorg memang happy family. Aku tak kisah member member aku perli aku masih keluar shopping dengan diorg. Diorg ni lah yang sponsor hidup ku sepanjang aku hidup ini. Emotional emotional.

Lepas lunch, aku berjalan bersama adik lelaki aku. Biasa la, lepas makan tekak rasa nak hisap rokok. Untuk menghormati family (supaya tidak bocor rahsia aku seorg smoker) lalu aku sentiasa membasahkan lidah yang kering. Style nya simple sahaja. Keluarkan lidah, kemudian kelilingkan lidah itu di sepanjang bibir. Jadi, di sini lah punca masalahnya.

Andainya kamu semua melihat seseorg menjelir lidah kepada kamu, apa reaksi? Itu baru menjelirkan lidah, cuba pula membasahkan lidah (style tadi) kemudian di depan sepasang kekasih berpegang tangan melihat? Pergh reaksi ketara!

Aku hampir di maki seorg budak yang baru nak naik (umur lebih kurang mcm form 5 kot) sebab 'menjelir' lidah di depan beliau. Ahh kau! Kau ingat aku nak cari pasal dengan kau ke (sebab dia ada bawak satu geng lagi. Buat gila la carik pasal kan).

Cuba pulak di depan sepasang kekasih. Heh, ini agak serius sikit. Sang lelaki amat cemburu sampai kejar aku sehingga di pintu masuk. Tapi settle amat mudah. Aku cakap aku 'GAY'. Dia terkejut, dan dia terus belah dari situ. Sudahlah aku berjalan bersama adik lelaki ku, semesra mesranya. HAHA. Memang menjadi.

Di sini aku belajar satu pengalaman. Jangan basahkan bibirmu di depan orang ramai. Persepsi orang berlainan. Pakai mask andainya anda seorang yang gian liat nak tinggalkan habit ini. Dan bawaklah adik lelaki seandainya ada supaya boleh lah menjadi backup actor atas kesilapan anda.

Sudahlah, aku nak pergi bermain tennis dan bola. Sukan GAY.

15 Comments:

Anonymous said...

hha.aku suka topik ko neh.

Amirul Idham said...

agak berani juga kau mengaku gay utk melepaskan diri...

kalau diorg tangkap gambar kau pastu e-melkan dan tulis "ini Gay". tak naya plak nnt..

hahaha..

anyway, nice blog...
aku letak kan link blog kau kat blog aku...

Fiziy said...

1. heh. aku pun suka. entah kenapa, mungkin aku happy!

2. oh tidak. aku tgk dia org kampung sikit, so takde masalah kot. HAHA aku mmg racist. huh?

Anonymous said...

nanti cadang kat ali ros tu... boh nama sarukan untuk sekolah rendah sekali.. baru jadik SRK SRK... ekekeke....

ceri masam said...

hahahahahahaha!

:p saya jelir lidah nih...

Brader Black said...

Wo!

Apsal tetibe aku rase ghairah berahi ni?


ha ha.

Rahimin Idris said...

woi, duk uitm melaka ke?

Fiziy said...

pa'chik: haah, Sekola Renda Kebangsaan Sarukan.. hak hak. Style jugak nama tu.

one love: speechless! HAHA

si kachak: ghairah? harap harap ko ghairah tgk pic tu, bukan sebab entri aku. hee...

rahimin: tidak. aku di BB, MMU. (nak up sikit, BB= bukit beruang)

yoshz said...

lain kali pakai lip gloss. perasa strawberi lagi bagus.

WorkingMama said...

lip gloss mahal
ko guna nih, vaseline..
tak sampai rm5..
makan setahun baru abis.

Hajime said...

pergh!
serius?
ko gay?
(mudah terpedaya)

Fiziy said...

yoshz: lip gloss? speechless lagi..

farah sr: vaseline pulak? oh oh

hajime: tidak hajime. aku berorientasikan straight. 100% straight. HAHA jangan sesekali mengaburi orientasi ku. heh!

tasekM said...

:p~~~~~~~~~~~~~~~ *jelir lidah*









he he.

Nizam Gtz said...

Simpan saja bibir sexymu... Jangan simpan lidah panjang mu hahaha

aje said...

sora aoi simpan?