Friday, October 17, 2008

Oh Central Market

Hujan! Semalam petang hujan! Tapi sempat jugak aku jejak Pudu dan terus ke Central Market.

Ok, di lorong CM tu, di hujung itu ada satu McD kan? Sebelum tu ada pulak KFC kan?

Ok, ini satu masalah! Perut kosong, bawak pulak 2 beg. Takkan aku nak tahan puasa enam sekejap sampai ke Klang? Ok, marilah 'lek lu sap kok lu' (pinjam ayat encik Hajime) sambil berkira bajet dan berimajinasi makan apa paling sedap? KFC atau McD?

(masa ni aku dah perasan seorang mamat bertopeng bertopi hitam baju kaler kuning dok usha line aku je. Risau jugak, dah la seorang dara diri.)

Sudah selesai sebatang rokok, keputusan hidup mati aku pilih KFC. Bukan kerana sedap, tapi atas dasar ingin cepat makan. (KFC situ kurang customer. HAHA)

Snack plate, bayar, cuci tangan dan duduk. DAMN, mamat topi hitam tu lagi? Kenapa dia duduk kat meja aku? Huh, ape? Ok laa, dia duduk di kerusi bukan di meja, kerusi yang sama meja dengan aku. Biasalah, perut kosong mesti ada buat salah punya.

Kasihan diri atau orang pelik (stranger)
Aku menenangkan diri dengan bersahaja duduk di situ. Mamat topi hitam tu senyum. Senyum.
Dan senyum. Dan senyum. Ok, sekarang saiko. Aku cuak. Cuak. Dan cuak. Dan cuak (sambil menyedut air pepsi kurang ais).

Tiba tiba dia bangun dan terus capai poket seluar belakang dia. Alamak, membahaya situasi ni. Mamat ni nak tikam aku ke? Belakang dia ada pisau ke gunting? Kalau nak tikam, pakai benda yang tajam, tak terseksa aku mati nanti. Eh, siapa pulak nak tikam aku ni? Tikam dari belakang je lah, aku tak nampak sekurang kurangnya. Mungkin adik aku mengupah seseorang utk menikam aku selepas dimalukan di Melaka tempohari? Atau geng rumah apartment marah sebab aku belah secara seludup? Ataupun Pak Lah menghantar geng suruh belasah aku sebab aku kasi emel suruh dia letak jawatan? Arghhhh...

Dia tunjuk wallet. Wallet? Ceh! Gelabah je. Tapi wallet siapa? Wallet aku? Kalau macam itu, tadi aku bayar pakai duit siapa. Aku check, dan double check lagi. Wallet tu bukan aku punya. Tapi mamat topi hitam itu punya. Ok aku dah faham, wallet dia dah kering. So tak paham paham lagi ke aku ni?

Tapi sebelum itu, aku takkan melabur wang sesuka hati sahaja. Aku tanya nama dia, asal dia mana, dok area mana? Tapi dia tak jawab. Ces pokemon punya digimon! Tak nak jawab? Macam mana aku nak invest kat kau ni.

Dan rupanya mamat ini ialah OKU, orang kurang upaya. Pekak dan bisu! Oh serius aku pucat masa tu. Macam di hari aku melarikan diri daripada polis sebab main meriam, macam itulah pucatnya aku. Dan niat dia follow aku sebab nak pinjam barang 2-3ringgit. (di tangan dia ada satu sticky notes, die tulis aku baca). Tapi perlukah anda meng'follow' sehingga ke dalam KFC pun? Adakah aku seorang easy target, dari ramai ramai orang kat CM tu?

Bermurah hati sikit, aku kasi terus 5ringgit. Kalau jumpa, aku kaw kaw mintak balik. Stalk dia baik punya. HAHA. Kasi dia terimajinasi macam aku tadi.

29 Comments:

fadzil hafiz said...

Gua syak lu dah kena 'paw' la brader!!tp dgn cara yg cukup halus la...

xpela niat ko baek....

ceri masam said...

gua pun sama pikir macam padelkopak!
lu dah kena paw le fiziy!

ish!
takperlah...
baik hati!

WorkingMama said...

gua pun sama pikir mcm encik padelkopak ngan one love..

mana lu tau dia pekak ngan bisu?
bleh belakon pe..

tapi kalu aku kena pun, errr..aku bagi gak..
takut weh..sorang2 tu

aku paham..aku paham..

Nunu said...

ghaiah jugak aa..

Brader Black said...

Lu bg alamat lu bro.

Gua nak stalk lu plak.

Jorji said...

masih ada kaki paw di CM.mujur aku dah kelihatan dewasa dan tenang...

kalau aku didatangi kaki paw..aku akan keluarkan kad kuasa polis aku yg palsu tu..

kasi dia ingat skit.

oyett said...

komfem kena pow...taktik mengepow dgn men cacatkan diri sendiri...keji..

Fiziy said...

rata rata ckp aku kene PAW. tp takpe la aku halalkan aja. tapi aku nak bwt jugak la kad OKU tu. mana nak dpt?

Amirul Idham said...

tu kira PAW cara halus
tp x pe la
dia org OKU, anggap la sedekah..

skang ni baik kau mkn KFC. McD da makin x sdp skrg ni.. daging burger dia makin sikit la...

AchiQue said...

bro, mungkin dia ingat 2 beg yang ko bawak tu mengandungi duit RM5 juta. mungkinla....

ceri masam said...

kad OKU?

hampes punya fiziy!
tang mana yang kau kurang upayanya ha?

hahhaahha

tasekM said...

sah pengepaw tu..








tak pe. niat kamu baik. aku suka org baik2 nih... :)

iqanabeera said...

baiknya u.


u try apply kad OKU tu, guna reason mentally-retarded. tengok dapat tak.

*** said...

OKU...hahhahahaha...sama la aku...separuh OKU

Anasir said...

nasib baik kan..5 ringgit tu kira ok laaa...dapat pahala lagi..dari melayang 50 hinggit...habuk on tak dapat

alif-mikail said...

er,.. duduk mana? nanti koi gi mengepau.. KFC maa..

Nota ; koi tak makan ayam..

the artist and i said...

terima kasih la vote.

pjoe said...

rezeki tu ketentuan di atas sana
len kali kau paw balik
haha

komen Iqa terbaik
haha

Nurul Binti Ibunya said...

gile tersusuk..
teringat kisah dulu kena amuk ngn org gila..

p/s:i link ur to mine.thanx.

Anonymous said...

aku suka entry ini.kerana aku dapat bayangkan suasana di CM dan KFC yang merupakan tempat kejadian.
tapi siot ar brader topi kuning tu nak stalk ko sedemikian rupa.
dah la kau seorang dara.hahaha.

theblabber said...

kenot imagine aku sorang dara kene stalk camtu. konfiden je kan dia bisu n pekak? sah2 tu modus operandi depa.drpd dia meng"pow", lbh baik nyamar jadi OKU ek? "halal" sket duit tu.

Pa'chik said...

lu dah kena pau ni... hahaha....

Rahimin Idris said...

gua kalau turun k.l memang selalu orang minta seringgit zaman 90an dulu. sekarang tak tau la berapa ringgit diorang mintak. berapa kadar 'pau' sekarang?

Anonymous said...

kalau gua tgh sengkek

gua mintak pen sama itu cashier,
tulis kat tangan kanan gua;

'kita senasib'

Anonymous said...

dude... kalau wa gi melaka... hotel hapa wa leh stay yang dekat-dekat ngan eye on malacca tu? lu jangan sajes yang memahal sangat weh...

Adi Aizuddin said...

haha..lawak ah care ko gmabarkan situasi bahaye ko ni...

Si Penanya (?) said...

celaka sembang KFC Mc'd time aku xde duit macam ni,... aku sumpah sume orang!! hiark!!

sarahistheone said...

aku memang selalu tahan bila bf aku nak bagi duit dekat sesapa je ntah. walaupun niat dia baik, tapi aku risau orang salah guna kebaikan orang lain. kecuali kalau memang duduk dekat tepi jalan atau pakcik yang oku dan nyanyi2 lagu aku bagi jelah. kau beli la kalendar kat budak-budak sekolah agama selalu jual. muka semua muka kesian.


dalam kes kau kalau aku pun aku bagi je

aje said...

noob gila kena paw kat cm. haha