Wednesday, October 29, 2008

Sebab aku di tag, dan aku sporting

Diloz tag aku. Aku buat. Dah janji. Maaf la ye kerana lambat buat ni. Sibuk sangat weekend lepas!

Ok, kita terus ke markah (straight to the point). 7 perkara tentang AKU.

  1. Aku secretive. Cukuplah tu. Aku memang secretive, takyah nak korek apa apa ok?
  2. Oleh kerana aku seorang secretive, pastinya aku pandai menyimpan rahsia kan? Pastikan kamu semua bagitahu dulu bahawa cerita itu adalah rahsia, nanti kalau tak kasi tau mana aku tau itu rahsia. Faham ke?
  3. Filem kategori U, 18sg, 18sx, 18pl? What the duck? Aku hanya mengkategorikan filem dalam 2 kategori, iaitu BEST dan TIDAK BEST. Cerita paling best? Bourne lah! Yang tidak best, tidak dapat disenaraikan angkara entri ini pastinya ada limitation on characters. HAHA
  4. Aku suka minum air panas. Ajak la aku pergi makan kat restoran mamak, teh o panas, teh tarik, milo panas dan barli panas memang menu aku.
  5. Aku rasa aku main bola lebih hebat daripada team bola Malaysia. Team bola aku lebih hebat daripada team bola Malaysia. Serius! Aku marah betul la ranking Malaysia ada 3 angka. Pergh geram!
  6. Kamu semua tahu, baru baru ni aku dikatakan memiliki muka yang serius, dan ceria. Mana satu yang betul ni? Tapi sebenarnya dua dua betul. Ini angkara suka tengok kartun batman la ni, pengaruh The Joker.
  7. Last sekali, aku seorang slow-walker, slow-eater. Kesian budak rumah aku, kena tunggu aku kalau berjalan nak pergi makan. Jalan lembap, makan pun lembap. Apa yang kau buat cepat je? Haa ini kalau lumba lari dengan aku, korang makan asap la ye. Aku laju tau lari. Lagi lagi kalau main bola, aku suka lelaju. HAHA
Ok, habis la cerita pasal aku sikit. Tapi ingatlah, semua ini kadang kadang bukan betul (aku punya betul tau) jadi janganlah mudah terpengaruh ye adik adik. Orang orang pedofil banyak di luar, berhati hati sikit!

Di akhir sekali kena tag orang pulak.
Boleh ke aku tag Diloz balik. HAHA. Tapi kalau boleh aku mahu tag semua orang! Tag mereka semua yang aku secara realitinya pernah jumpa seperti Alan, Adi, Efan dan Shapik. Mereka semua yang sudah popular dan glamor di alam blogosfera ini seperti Yoshz, Hajime, Weed and bandages, Marzuki, Pjoe (yang aku rasa diorg pun mesti dah buatkan?). Mereka semua yang bergadis gadisan dan berwanitaan jelita seperti One Love, Farah sr, Iqanabeera. Eleh korang, tay payah buat pun takpe, kami akan check past tense entri anda. Mana tahu, anda dah buat.

Buat mereka semua yang nama tidak tertaip di entri ini, sebenarnya anda pun di tag juga. Mari meriahkan alam blogosfera kita.

Apa apa pun, aku mahu mengharamkan segala komen untuk entri ini. Aku tidak mahu dikritik. Oh tidak mahu. Aku secara mentally nya sekarang ini agak lemah. Oh tidak! Aku penat! Bagus lah Syawal dah nak habis!