Tuesday, October 14, 2008

I am a killer!

Seperti biasa, aku dan geng bas sekolah lepakan yang lain pastinya mempunyai jodoh yang panjang andainya ada match bola MoanU vs Chelshit (maaf, aku bukan fans either team). Aku rasa tokey restoran mamak pun rasa diorang suka kalau tiap taip minggu dua team ni sahaja yang main. Jangan buat gila, untung ni.

Oklah, aku tak mahu cerita pasal mamak mamak yang bela hantu pelaris ni. Cuma ada satu kisah yang membuat kami (cheewah, macam karangan SPM) berasa bingung (aku tidak sebut confused, entah kenapa) sampai sekarang ini.

Malam hari itu sedang sibuk si Berbatov bermain right wing dan si Lampard cuba sibuk untuk merembat bola, ada satu community ahmoi geng bas sekolah lama aku datang. Seorang bershort pant, seorang berskirt dan seorang lagi berskinny jeans duduk sebelah table kami. Memang favorite aku, tapi aku masih waras memikirkan si dia. Wah!

Eh, Fizi kan? Sebuk pulak nak tegur aku. Jadi aku pun sahut cabarannya. Yup darling honey Rach. Dari mana? Ini pancing sahaja, sebab aku boleh tahu mereka ini baru lepas berclubbing. Bau badan arak kuat!

Dia jawab, jalan jalan je. So aku pun buat buat percaya. Dia terkejut tengok aku menghisap rokok. Mungkin sebab aku mempunyai profile yang clean ketika di sekolah dulu. Tanpa ada markah demerit. HAHA

Dan si ahmoi ahmoi chantek ini pun ceramah lah aku. Tidak pulak ceramah geng lepakan aku. Sebab merokok. Satu ayat agak gampang mendalam maksudnya, 'you are a killer. you're killing us all slowly!' Pergh perit kan?

Ceh, apa pasal aku seorang sahaja yang kena? Tidak menyalahkan tokey tokey mamak yang menyediakan ashtray rokok. Tidak menyalahkan pihak berkuasa yang menyediakan tempat khas untuk merokok. Tidak pulak mereka marah menghantar surat bantahan, berdemonstrasi jalanan terhadap tokey Marlboro? Emosi emosi.

GOAL! Encik Kalou yang pendek itu berjaya menjaringkan gol menggunakan kepalanya hasil tindakan Berbatov yang tidak menggunakan otaknya.

Habis match, aku pun nak belah la cepat. Tak nak kena ceramah 'aku seorang pembunuh' itu lagi. Cepat cepat bayar, cepat cepat belah. Naik kereta, terus balik. Trauma!

DAMN! Kau tahu apa aku 'damn'kan? Ahmoi ahmoi itu membuat hal lagi. Tapi kali ini aku gelak tertawa riang. HAHAHA

Nicotina vs Alcohol
Padan muka, siapa suruh kau langgar lampu trafik tu darling honey Rach? Kan dah pecah bumper kau! HAHAHA! Minum lagi alkohol tu. HAHAHA

Lampu trafik dah takde. Accident? Salah kan dia.

Entry ini adalah memori yang pantas teringat pabila membaca entry baru blog encik Hajime. Terima kasih.

Resaksa Warning:
Don't drink and drive.

18 Comments:

Anonymous said...

berani kau cakap Berbatov xde otak.tikam kang.aku da la kuat dan berbadan sasa.

Hajime said...

tu la pascal...
killing me softly...
(selambe layan lagu)

ceri masam said...

hahahaha!

karma Tuhan! kejap je kan?

btw, merokok tak membunuh!
bila dengar ceramah anti merokok yang boleh membunuh!

Munirah said...

heh.nak ceramah orang tapi diri sendiri lagi setimpal kesalahan.benci aku.

lop said...

setuju sme one love...

merokok x mmbunuh

Fiziy said...

ah terima kasey semua di atas sokongan moral anda. akan ku kenang sehingga hembusan rokok marlboro yg terakhir.

diloz: alamak, sori ar. aku tatau ko DHF manU. eh, tgk aku taip betul manU. hehe

Nizam Gtz said...

Ches.... Berbatov best player tau... Since kat Leverkusen lagi tau...

Kita memang pembunuh... Aku dah banyak bunuh, especially nyamuk haha...

Nicotina vs Alcohol... Alcohollah yang menang sebab ader dalam Quran yang mengatakan haram....

dumdum said...

salam tuan tanah..=) bagi saya,lantak la dosa apa yang kamu nak buat,itu penilaian sendiri.yang paling penting jangan kutuk orang tak tengok cermin huhu.sgt x sukee spesies homo sapiens seperti itu.

btw,saya rasa blog kamu sangat2 mengghairahkan nafsu berahi saya (tiru ayat tuan tanah).jadi saya dengan ini menge"link" kan blog kamu di blog saya.time kasehh..

the artist and i said...

tak pandai minum alkohol ataupun susu.

hehe.

terima kasih menjenguk.

Adi Aizuddin said...

MoanU vs Chelshit, hahaha good one..

of course aku ingat ko lagi bro, saat2 indah berorientasi, chewah!

ko pe cite skang? kat mlake lagi kan?

tragic_figura21 said...

Kentut...aku kenal laaaa dowh...

Brader Black said...

Ek eleh.

Dude, ko bleh senyap je kene cuci camtu?

Padahal point ko lg bnyk klu nak tembak amoi tu.

Amirul Idham said...

kalau aku, aku turun dari kereta, gelak kan diorg puas2 lps tu blah..

hahaha....

kau sokong team ape eh?

pjoe said...

apa cerita ngan myteam?

Anonymous said...

dia dah ambil lesen memandu sambil mabuk ke belum. suruh amoi tu daftar cepat cepat.

oyett said...

wahhh....memang terbaik amoi tu kena...cun tak amoi tu??

Jorji said...

persamaan merokok dengan berbatov ialah dua-dua pembunuh senyap.

bezanya ialah,bila berbatov 'membunuh' kedai mamak bersorak gembira.

Fiziy said...

zamspotte: tp nicotina pulak kan ade negara haramkan rokok?

chopstick: sile sile buat mcm ruma sdiri

weed: heh. minum sirap bandung lagi sedap.

adi & tragic: bagus korg igt aku lagi.HAHA

si kachak: aku hingin je counter, tp berbau juga itu todi. HAHA

aremierulez: tp aku slow keter, turunkan tingkap pastu sengih tahap paling kerang punye.

pjoe: myteam bermain di MSL. padang xcantik, aku xlayan. HAHA

pecah kepala: tak sempat kot. dgr cite lesen ahmoi tu kene gantung. sian kan?

oyett: cun tak cun laa.. tp naik ghairrah gak laa..

j or ji: berbatov sebenanye bagus. (jgn mara aku manu fans, peace yoo)